Matahari belum menegak lagi. Angin pagi yang sejuk amat menenangkan hati. Murid-murid SK Melawati masing-masing sibuk dengan aktiviti tersendiri. Yang rajin membaca buku, menolong guru dan membersihkan kelas. Yang berat tulang pula, hanya bersembang dan menyumbat makanan ke dalam mulut. Tidak kurang juga, ada segelintir murid yang hanya termenung. Gelagat-gelagat murid-murid inilah yang menyerikan lagi suasana persekolahan SK Melawati. Hari ini hari Isnin. Hari ini bakal diumumkan siapakah ketua pengawas sekolah itu. Semua orang sudah tidak sabar-sabar. Hari ini juga, diadakan perlantikan ketua dan penolong kelas. Masing-masing berdoa agar mereka dipilih.
---------------BERSAMBUNG, HARAP MAKLUM--------------------
Dunia Novel
NOVEL IALAH CERITA DALAM BENTUK PROSA, BIASANYA PANJANG DAN KOMPLEKS, YANG BERKAITAN DENGAN PENGALAMAN MANUSIA DAN KELAKUAN SOSIAL. MARILAH KITA SINGKAP KE RUANGAN INI.
Isnin, 27 Jun 2011
Ahad, 19 Jun 2011
Ketua kelas vs ketua pengawas. (Sinopsis sahaja-bab 1 akan datang)
Siapa lebih hebat ?? Ketua kelas atau ketua pengawas? Pergaduhan tercetus apabila masing-masing mahu menunjuk lagak seorang pemimpin. Masing-masing bagai sumur di tepi rawa apabila salah seorang daripada mereka mencapai sesuatu kemenangan. Apakah yang akan terjadi seterusnya?? Cerita ini bakal mengungkap kisah ketua kelas Tahun 6 Amanah, ketua pengawas serta murid-murid SK Melawati iaitu sebuah sekolah untuk murid-murid perempuan sahaja.
-----Akan datang-----
-----Akan datang-----
Selamat Datang ke Mahligai Novel
Salam intelektual serta salam 1 Malaysia. Selamat datang ke Mahligai Novel yang baru sahaja membuka tirainya. Blog ini akan memaparkan beberapa buah novel bersiri hasil nukilan asli saya sendiri. Akan saya selitkan jua sinopsis novel dari penulis yang lain. Jika ada silap dan salah dari segi bahasa, ampun dan maaf saya pinta. Jika anda ada idea, silalah maklumkan kepada saya dalam apa jua bentuk, tidak kira melalui warkah atau sebagainya. Anda juga boleh menentukan cara sesebuah jalan cerita novel-novel tersebut berakhir. Kepada pencinta novel sekalian, anda memang yang terbaik!! Terima kasih kerana sudi menyingkap ke ruangan ini. Selamat membaca...
Langgan:
Catatan (Atom)