Matahari belum menegak lagi. Angin pagi yang sejuk amat menenangkan hati. Murid-murid SK Melawati masing-masing sibuk dengan aktiviti tersendiri. Yang rajin membaca buku, menolong guru dan membersihkan kelas. Yang berat tulang pula, hanya bersembang dan menyumbat makanan ke dalam mulut. Tidak kurang juga, ada segelintir murid yang hanya termenung. Gelagat-gelagat murid-murid inilah yang menyerikan lagi suasana persekolahan SK Melawati. Hari ini hari Isnin. Hari ini bakal diumumkan siapakah ketua pengawas sekolah itu. Semua orang sudah tidak sabar-sabar. Hari ini juga, diadakan perlantikan ketua dan penolong kelas. Masing-masing berdoa agar mereka dipilih.
---------------BERSAMBUNG, HARAP MAKLUM--------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan